I made this widget at MyFlashFetish.com.

Renungan


Wow begitu pantas masa berlalu! Adakah anda sudah mencapai
apa yang anda inginkan??

Mari kita renungkan perkara berikut:

Satu kajian yang mengejutkan dimana hampir 95% rakyat
Malaysia yang telah berkerja sepanjang hidup mereka bersara dengan
hampir RM5000 sahaja dibank!

Cukup mengejutkan! Jangan menjadi 95% yang terpaksa bergantung kepada
kerajaan, kebajikan dan sanak saudara untuk hidup dengan selesa
selepas bersara kelak. Anda perlu bersedia dari sekarang.

Sekarang, apa yang perlu kita lakukan...
Cari tempat yang agak sunyi dan biarkan suara hati anda bergetar.
Apa yang anda mahukan sebaiknya dalam hidup anda: Kebahagiaan, kesihatan,
kewangan, kebajikan dan sebagainya?

Tuliskan matlamat untuk SEMUA aspek kehidupan anda: keluarga, kareer,
sukan, kerohanian dan seterusnya. Apa yang anda rancangkan dalam masa
1,2,3,5 tahun akan datang. Kemudian TULISKAN semuanya.

Jangan hadkan fikiran anda, biarkan imaginasi anda berputar walaupun
ianya nampak seperti \"mustahil\".

Perkara penting yang perlu anda ingati:

* Tanpa kebebasan kewangan, anda akan menjadi hamba kepada duit.

* Mencapai kebebasan kewangan akan mengambil masa, dedikasi dan kerja keras...
  tetapi ianya pasti berbaloi akhirnya.

* Ingat, wang bukanlah segalanya. Tetapi semuanya memerlukan wang pada
  zaman ini. Ingat dengan wang kita boleh menolong orang yang dalam kesusahan.

* Hampir semua orang mempunyai kebolehan untuk berjaya, tetapi hanya sedikit
  sahaja yang mempunyai komitmen untuk berkorban demi mencapai kekayaan.


Masa untuk bertindak:

1. Terima hakikat bahawa anda boleh mencapai kebebasan kewangan dan buat
  komitment dalam diri anda untuk mencapainya. Ianya dalam gengangam jika
  anda benar-benar mahukannya. Anda mesti YAKIN - itu yang paling penting.
  Anda akan lihat bagaimana keajaiban minda anda menolong anda nanti. Buangkan
  jauh-jauh idea bahawa anda mesti bekerja sampai ke tua.

2. Tanya diri anda: Dimana anda berada dalam masa 2, 5, 10 tahun akan datang?
  Buat matlamat yang buat anda teruja. Jika anda ada segalanya, apa yang akan
  anda buat? Jika anda mempunyai wang yang banyak atau anda hanya ada sebulan
  sahaja untuk hidup.. apa yang akan anda lakukan? Tuliskan semuanya.

3. Bagaimana kedudukan kewangan anda sekarang. Berapa duit masuk dan keluar.
  Hutang yang belum berbayar? Mana yang boleh diperbaiki?

4. Buat matlamat BARU untuk tahun 2010. Buat keputusan apakah langkah yang perlu
  diambil untuk mancapai matlamat anda? Semua matlamat mestilah tepat dan mempunyai
  had masa.

5. Berikan ganjaran jika sasaran dicapai. Pergi makan angin atau belikan yang
  special untuk keluarga.

6. Cuba capai matlamat anda dengan apa yang ada. Dengan semangat JITU dan tidak
  mudah menyerah kalah anda pasti akan mencapai semuanya. (Pasukan bolasepak
  Malaysia juara juga akhirnya disukan SEA selepas 20 tahun mencuba!)

9. Hidup dengan seimbang: dunia dan akhirat.

10. Kesilapan paling besar yang boleh kita lakukan ialah menunggu UNTUK BERTINDAK
    untuk mengubah kehidupan anda sekarang. (ingat 95% diatas, jangan jadi seperti
    mereka!). Bangun dari kerusi anda dan lakukan sesuatu.

Akhir sekali 3 PAKSI KEKAYAAN:

BUAT DUIT + MENYIMPAN + PELABURAN BIJAK = KEBEBASAN KEWANGAN

Mari kita jadikan tahun 2011 paling bermakna!

PS: Kesilapan yang dilakukan oleh 95% diatas ialah mereka terlalu sibuk bekerja
untuk cari duit daripada MEMIKIRKAN cara buat duit dengan banyak!

Jadi anda harus bersedia dari sekarang...
BY:::Editor Badul@Ludab